Sunday, 19 December 2010

Kopi Luwak; Kopi Termahal Di Dunia

Tahukah anda bahawa Kopi Luwak merupakan kopi termahal di dunia. Tetapi apa pula kaitan Musang dengan kopi termahal dunia ini? Sebenarnya haiwan inilah yang bertanggungjawab menjadikan harga Kopi Musang atau lebih dikenali Kopi Luwak mencecah harga RM2,298.00 (US$600) hanya bagi 500 gram.
Majalah kewangan antarabangsa, Forbes, menyatakan Kopi Luwak ini dijual sehingga RM4,940.00 (US$1,300) sekilogram yang layak menjadikannya kopi termahal di dunia.
.
 (Gambar ikhsan PoketCCTV.Blogspot)
Sebenarnya biji kopi ini adalah campuran yang  dituai daripada sisa kumbahan musang di Indonesia dan mamalia ini diketahui taba hidup dengan menyelongkar biji kopi segar dari pokok itu sendiri. Haiwan yang menyerupai kucing ini merupakan pemakan buah-buahan, serangga dan haiwan kecil lain untuk hidup.
Keistimewaan Kopi Luwak ini seperti kata penggemarnya, menghasilkan rasa kelat seperti campuran tanah dengan koko. Ia juga cukup dikenali kerana cukup matang, enak rasanya dan kurang pahit. Memandangkan rasa pahit kopi yang banyak membuat ramai orang tidak menggemari kopi, Kopi Luwak pula mengumpan semakin ramai orang untuk menikmatinya.
Keluarga Diraja dan golongan ternama dilaporkan menggemarinya, malah penggemar kopi sejati boleh mendapatkannya dengan harga RM114.00 (US$30) secawan di hotel bertaraf lima bintang di Hong Kong.
Sekarang baru saya teringat bahawa Kopi Luwak ini sebenarnya telah wujud di kampung saya di Benut sekitar tahun 1980-an lagi. Kebetulan arwah ayah saya mempunyai kebun kopi di belakang rumah. Dan saya juga pernah mengutip biji kopi hasil sisa kumbahan bernama Musang untuk diproses menjadi Kopi Luwak. 

Sumber: Berita Harian Online

Thursday, 10 June 2010

STEAMBOAT DATARAN JOHOR BAHRU (MBJB)

Lokasi: Dataran Johor Bahru (berdepan Hotel Thissle / Pantai Lido)
Waktu Operasi: Petang hingga Tengah Malam
Kedai Pilihan: Lori Vuton No. 8


Thursday, 27 May 2010

Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Mungkin ada di antara kita yang mana bukan dikalangan orang-orang Johor tidak mengetahui akan kewujudan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (TSN) atau Johor Military Forces (JMF). Buat pengetahuan anda semua, TSN @ JMF telah ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 untuk memenuhi syarat Perjanjian Setia 1885.

Pada peringkat awalnya TSN @ JMF dianggotai oleh 60 orang pemuda Melayu yang dipimpin oleh Syed Mohamed bin Nong Yahya dan Mejar Daud bin Sulaiman. Pada tahun 1895, Sultan Ibrahim telah menjadi kolonel pemerintah Timbalan Setia Negeri.

Baginda memperkukuh Askar Timbalan Setia Negeri dengan menubuhkan Johor Volunteer Forces (JVF). Pada tahun 1915, kekuatan TSN @ JMF bertambah kepada 576 orang, yang terdiri daripada 394 orang Unit Infantari, 98 orang Unit Meriah dan 84 orang Unit Pancaragam. Leftenan Kolonel Tompkins dan Sarjan Mejar Claymore telah dilantik untuk melatih pasukan ini.

Antara nama-name besar yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah :

1. Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor. Baginda merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

2. Tun Hussein Onn, Bekas Perdana Menteri Malaysia. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Debra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.

3. Jeneral (B) Tun Ibrahim bin Ismail, Bekas Panglima ATM. Beliau pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.

4. Dato Onn Jaafar.

5. Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid. Beliau merupakan bapa kepada Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid yang pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.

Negeri Johor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai Askar Timbalan Setia Negeri dan Sultan Johor merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Sesungguhnya, rakyat Johor harus berbangga kerana negerinya mempunyai Askar Timbalan Setia Negeri tersendiri selain daripada Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.