Tuesday, 18 May 2010

Aktiviti Makan Ayam Penyet @ LC Catering

Tengahari semalam (hari Sabtu) saya bawa keluarga pergi makan “Ayam Penyet” dan “Pecel Leleh” yang mungkin paling sedap di kawasan Johor Bahru iaitu di LC Catering berhadapan Taman Sentosa. Dah ramai yang kata “Ayam Penyet” nya memang syiok rasanya.

Sebenarnya sehari sebelum itu (hari Jumaat) saya ada membelikan rakan-rakan satu pejabat “Ayam Penyet” LC Catering dengan Air Jambu Pak Cu yang dijual dekat Kg. Melayu Majidee. Kebetulan hari tu giliran saya untuk membelanja rakan-rakan sepejabat makan selepas kitaorang mendapat bonus pada bulan March lepas. Tradisi ini telah diamalkan beberapa tahun yang lalu.

(Ayam Penyet yang memang marvelous rasanya)
 
(Pecel Leleh yang dipesan oleh AIMAN)

(Air Jambu Masam Manis & Air Apple Hijau)
 
Kebetulan semasa saya makan, tuan punya blog Thun Bergia ada memberitahu melalui laman FaceBook saya (update melalui SMS) yang beliau pun ada sama menjamu selera dekat LC Catering pada ketika itu.  Tetapi kami tak dapat berjumpa kerana belum mengenali antara satu sama lain di alam nyata. Cuma berkenalan di dunia blogging sahaja.

Cakap banyak pun tak guna. Ternyata Ayam Penyet yang dipesan memang marvelous rasanya. Kalau tak percaya, cuba tengok gambar kat bawah nie.

(Licin. Nasib baik tulang tak boleh makan)
 

No comments:

Post a Comment