Tahukah anda bahawa Kopi Luwak merupakan kopi termahal di dunia. Tetapi apa pula kaitan Musang dengan kopi termahal dunia ini? Sebenarnya haiwan inilah yang bertanggungjawab menjadikan harga Kopi Musang atau lebih dikenali Kopi Luwak mencecah harga RM2,298.00 (US$600) hanya bagi 500 gram.
Majalah kewangan antarabangsa, Forbes, menyatakan Kopi Luwak ini dijual sehingga RM4,940.00 (US$1,300) sekilogram yang layak menjadikannya kopi termahal di dunia.
.
Sebenarnya biji kopi ini adalah campuran yang dituai daripada sisa kumbahan musang di Indonesia dan mamalia ini diketahui taba hidup dengan menyelongkar biji kopi segar dari pokok itu sendiri. Haiwan yang menyerupai kucing ini merupakan pemakan buah-buahan, serangga dan haiwan kecil lain untuk hidup.
Keistimewaan Kopi Luwak ini seperti kata penggemarnya, menghasilkan rasa kelat seperti campuran tanah dengan koko. Ia juga cukup dikenali kerana cukup matang, enak rasanya dan kurang pahit. Memandangkan rasa pahit kopi yang banyak membuat ramai orang tidak menggemari kopi, Kopi Luwak pula mengumpan semakin ramai orang untuk menikmatinya.
Keluarga Diraja dan golongan ternama dilaporkan menggemarinya, malah penggemar kopi sejati boleh mendapatkannya dengan harga RM114.00 (US$30) secawan di hotel bertaraf lima bintang di Hong Kong.
Sekarang baru saya teringat bahawa Kopi Luwak ini sebenarnya telah wujud di kampung saya di Benut sekitar tahun 1980-an lagi. Kebetulan arwah ayah saya mempunyai kebun kopi di belakang rumah. Dan saya juga pernah mengutip biji kopi hasil sisa kumbahan bernama Musang untuk diproses menjadi Kopi Luwak.
|
Sumber: Berita Harian Online
dah pernah minum dah kat indon. sedap mmg sedap. tapi takde la mahal mane kalau kat sane.
ReplyDeleteDkt malaysia cukainya tinggi..itu yg jd mahal..haha..
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKopi Luwak is great...
ReplyDeleteGreat & expensive..
DeleteNo problem roger...
ReplyDelete